|
Logo Sk Jemukan Baru |
|
Logo Sk Jemukan |
LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Jemukan pada asalanya
sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Jemukan dan seterusnya kepada Sekolah
Kebangsaan Jemukan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pengasas SRK
Jemukan ialah Tuan Haji Mohammad B Haji Yusuf, berasal dari Pulau Betawi,
Indonesia.
Semasa
berumur 5 tahun, beliau tinggal di Mekah bersama dengan ibu beliau dan menuntut
di sana. Setelah menetap selama 41 tahun di Mekah, beliau berpindah ke Bombay,
India iaitu setelah tercetusnya Perang Wahabi. Beliau berpindah ke Kuching
(Kampung Bako) dan berkahwin dengan Hajah Salehah Bt Abang Ning yang berasal
dari Spaoh. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka dikurniakan 5 orang cahaya
mata. Atas kepandaian beliau dalam bidang agamalah beliau diminta untuk menabur
bakti di SRK Jemukan. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di kawasan
Saribas dab Kampung Tanjung Bundong.
Pada
tahun 1952, Madrasah al-Diniah didirikan oleh pengasasnya secara gotong-royong
dengan para penduduk kampung. Pada tahun 1962, beliau telah menerima undangan
penduduk Spaoh, Saribas dan di sanalah beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia.
Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Sue,
Saribas.
Pada
tahun 1964, Madrasah al-Diniah telah mendapat bantuan daripada Majlis Tempatan
Daerah Sadong Hilir dan namanya ditukar kepada SRK Jemukan dengan bahasa
pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1973 pula, ianya
diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan namanya terus ditukarkan kepada Sekolah
Kebangsaan Jemukan dan kekal sehingga sekarang.
Pada
tahun 1983, sekolah ini telah menerima pembiayaan Bank Dunia, dilengkapi dengan
dua blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik Pusat Sumber
(PSS), sebuah Bilik Guru, Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Klinik pergigian.
Selain itu, ianya juga dibekalkan dengan sebuah kuaters Kelas IV, 3 unit berek,
8 unit tandas murid, tempat perhimpunan dan kemudahan tangki air. Tanggal 1
Ogos 1986, SK Jemukan telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Tuan
Haji Bujang B Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.