Feb 25, 2011

(GAMBAR) Sekitar Malam Anugerah Sri Angkasa 2010 (ASA2010)

Bila Lisa Surihani memakai baju kebaya di Malam Anugerah Sri Angkasa 2010, sungguh mengkagumi keindahan makhluk ciptaanNya. lagi gambar malam ASA 2010...































Fazura, Duta Lux Terbaru


Rasanya semua orang dah tau yang Fazura telah pun dilantik menjadi duta terbaru Lux. Memang kena betul Fazura dengan Lux. Pakai kuku dengan isi. Saling melengkapi. Fazura cantik dan elegan. Produk Lux pun memang nampak elegan.
Duta Lux sebelum Fazura ialah Ramona Rahman, Joanna Bassey, Sheila Majid, Erra Fazira dan Amy Mastura. Tahniah kepada Fazura kerana kini berjaya menjadi duta kepada salah satu produk ternama Malaysia.





fazura

Keputusan @ Pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) 19 Februari 2011


Inilah dia keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) 19 Februari 2011 iaitu pada malam kemuncak yang menawarkan lagi 20 anugerah berprestij :- 


1. DJ Radio Wanita Terbaik : Roslinda Abdul Majid Suria FM


2. DJ Radio Lelaki Terbaik : Chong Kiat Ang RTM


3. Penyampai Berita Radio Terbaik : Wan Sharina Bernama Radio 24


4. Penyampai Berita TV Terbaik : Ashwad Ismail Astro Awani


5. Pengulas TV Terbaik : Mohamad Hafizal Ahmad – Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea TV1


6. Pengacara TV Terbaik : Sarimah Ibrahim – Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 Astro Ria


7. Majalah TV Terbaik : Agrotek Kelapa Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi


8. Rancangan Realiti TV Terbaik : Showdown 2010 8TV


9. Candawara Gameshow TV Terbaik : Jangan Lupa Lirik Astro Ria


10. Hiburan TV Muzikal Terbaik : Shout! Awards 8TV


11. Dokumentari TV Terbaik : Malaysia My Home Sabah & Sarawak Astro AEC


12. Buletin Berita TV Terbaik : Awani 7:45 Astro Awani


13. Anugerah Khas Juri : Ashwad Ismail Astro Awani


14. Komedi TV Terbaik : Saham Neraka


15. Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik : Ebi Yus – Masak Lomak Cili Padi


16. Skrip Drama TV Terbaik : Perempuan Jasmina Ibrahim TV2 RTM


17. Pelakon Drama Wanita TV Terbaik : Elaine Daily


18. Pelakon Drama Lelaki TV Terbaik : Fauzi Nawawi


19. Anugerah Tokoh Penyiaran Swasta : Yg Berhormat Mohd Effendi Nawawi


20. Anugerah Tokoh Seri Angkasa : Datuk Abdullah Muhammad

Malam ASA 2010

Lisa Surihani & Maya Karin
Gambar artis kita semasa malam Anugerah Sri Angkasa 2010. Sebenarnya, aku suke sgt tengok LIsa, cute giler...
tp artis lain ape kurangnye kan??

om kita terjah senarai keputusan @ pemenang Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) pada 18 Februari 2011:-


1. Anugerah Kapsul Radio Terbaik: Kempen Kebersihan/Pelancongan Dan Keselamatan (Negeri FM)


2. Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Ahmad Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

3. Anugerah Rekaan Set TV Terbaik: Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM-TV2)
4. Anugerah Promo / Montaj / Teaser TV Terbaik: Astro Arena Channel I.D (Astro Arena)
5. Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik: Songkok (RTM-TV1)
6. Anugerah Buletin Berita Radio Terbaik: Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
7. Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)
8. Anugerah Pengulas Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)
9. Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik: Anuar Ahmad - Songkok (RTM-TV1)
10. Anugerah Jurukamera TV Terbaik: Dosa Semalam - Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM-TV2)
11. Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
12. Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
13. Anugerah Kapsul TV Terbaik: Puan Zauyah Yusoff - Kapsul Ramadan (Muzik Aktif)
14. Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik: Menggapai Harapan (RTM-TV1)
15. Anugerah Hiburan Radio Terbaik: Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
16. Anugerah Bicarawara Radio Terbaik: Syezliza Basri - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

17. Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik: A. Wahid Bin Nasir - Tasik (Klasik Nasional)
18. Anugerah Bicarawara TV Terbaik: Khadijah Abdul Gaffoor - Isu Khas Gaza (RTM-TV1)
19. Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik: Abus Episod 5 (RTM-TV1)
20. Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik: Tom Tom Bak Musim 4 - Episod 1 (Astro Ceria)

21. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik: Hanis Kamal - Denai Berbisik (Astro Prima)
22. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik: Fadhilah Mansor - Sebelum Akhirat (TV3)

23. Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik: Eyra Hazali - Anak-Anak Lorong (Astro Prima)
24. Anugerah Majalah Radio Terbaik: Feminin - Suara Malaysia (RTM)


25. Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Roslinda Binti Abdul Majid - Suria Cinta (Suria FM)

26. Anugerah Drama Radio Terbaik: Tasik - Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
27. Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)


28. Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik: Elliza Abdul Razak - Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)


29. Anugerah Liputan Berita TV Terbaik: Ashwad Ismail - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro Awani)


30. Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik: Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur - Aminhayat Abd Rahim (TV9)


31. Anugerah Wartawan TV Terbaik: Hanim Muhili – Eksklusif 1 “Abuya” (RTM – TV1)





Fara Fauzana


M. Nasir& Wife, Lisdawati&Fauzi Nawawi

Anuar Zain

Hazami

Feb 24, 2011

Saya Blogger UTHM

Assalamualaikum n hai guys!

Hari ni saya nk join segmen yang direka oleh terompah caring.
actually dia adalah salah seorang admin Community of UTHM Blogger kat Facebook. Best Join dieorang ni.
heppening...(jgn smpai pening sdh..)


Photobucket

Saya, awak dan dia. Kami blogger UTHM.

THE FACEBLOG jom sertai kami sekarang!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Feb 23, 2011

MALAYSIA BAKAL ALAMI BENCANA GEMPA BUMI??

Malaysia, sebuah Negara yang terletak di garisan Khatulistiwa. Sebuah Negara yang strategi bukan sahaja untuk menjalankan aktiviti2 ekonomi, malah Negara ini beruntung kerana walaupun dikelilingi dengan Negara2 yang sentiasa mengalami Bencana Alam yang kritikal seperti Gempa Bumi dan Letupan Gunung Berapi, Malaysia terselamat. Akan tetapi, sejak akhir2 ini kita sering dikhabarkan dengan gegaran di beberapa kawasan yang seakan2 mengalami Gempa Bumi. Antara Negeri yang kerap mengalami gegaran adalah di Negeri Pahang. Semalam(22/02/11), kita dikejutkan pula dengan satu lagi gegaran, bukan di Pahang, tetapi di Kuala Lumpur. Benarkah dakwaan mengatakan Malaysia kini tidak lagi terkecuali malah bakal mengalami nasib yang sama seperti di Indonesia? Gempa Bumi. Ikuti laporan mengenai bencana Gempa Bumi yang berlaku semalam di salah satu kawasan Kuala Lumpur iaitu di Pusat Bandar Damansara.




Satu gegaran kecil berlaku di dua daripada enam blok bangunan di kawasan sekitar bangunan pejabat di Pusat Bandar Damansara diKuala Lumpur tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai berlakunya gegaran kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Setibanya di lokasi, orang ramai di bangunan tersebut serta bangunan berhampiran mula menyelamatkan diri ke kawasan tanah lapang. Mereka mendakwa berlakunya gegaran di tingkat enam bangunan A dan E yang menempatkan sebuah kolej (Kolej Universiti MAHSA)," katanya ketika dihubungi.

Justify FullBeliau berkata, pihaknya kemudian melakukan operasi pemantauan di tingkat lima, enam dan tujuh bangunan tersebut bagi mengesan sebarang gangguan namun tiada sebarang kerosakan harta benda berlaku. Katanya, orang ramai dibenarkan memasuki bangunan itu semula kira-kira satu jam selepas ujian keselamatan selesai dilakukan. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, pihaknya membuat pemeriksaan melalui sistem mereka di kawasan terbabit namun tiada sebarang tanda gempa atau gegaran berlaku.

"Dalam tempoh dua jam sejak kejadian ini dilaporkan, kami membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang tanda atau kehadiran gempa serta gegaran tetapi kami tidak menemui apa-apa. Kami tidak menolak kemungkinan wujudnya kerja pembinaan di kawasan terbabit yang membawa kepada gegaran itu," katanya



kat sini ade statistik gempa bumi dalam Malaysia.


http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=265&Itemid=367

Feb 20, 2011

Perempuan dipilih Drama Terbaik ASA 2010




Drama Perempuan arahan Mohd. Fahmi Sarindi yang disiarkan di RTM 2 muncul sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Bernard Chauly yang mengarah drama Apa Dosaku pula dipilih sebagai pengarah Drama TV Terbaik.
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh Fauzi Nawawi menerusi Sebelum Akhirat manakala Elaine Daly mengungguli kategori wanita dengan lakonannya dalam drama Apa Dosaku.
Pelakon komedi, Ebby Yus pula memenangi Anugerah Pelakon Komedi Terbaik menerusi drama Masak Lomak Cili Api. Selain itu, Anugerah Khas Juri Televisyen pula dimenangi oleh Ashwad Ismail dari Astro Awani manakala bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi dipilih sebagai Tokoh Penyiaran Swasta. Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2010 pula disandang oleh bekas Ketua Pengarang Penyiaran, Datuk Abdullah Mohamad sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau dalam industri penyiaran negara.

Feb 19, 2011

Kereta Peronda PDRM Baru Akan Datang




Bukan setakat Naza Forte jer malah Toyota Camry dan Kia Corento pun bakal menjadi kereta Peronda PDRM....

Baru nampak garang sikit bila polis kejar penjenayah atau pun pesalah trafik..perghhhh....

Kalimah Allah muncul dalam kopi Radix HPA


SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

Rahsia Di Sebalik Kaa’bah.



Apa kelebihan Ka’bah dari aspek sains fizik dan spiritual serta gelombang yang bergetar di sekeliling Ka’aba jika melakukan tawaf mengikut arah lawan jam sebanyak 7 kali ?
Mungkin sebahagian daripada pembaca blog buaya-Merah sudah pun menyedari akan kelebihan ‘ arah lawanjam’ ini.Mari kita renungi bersama kelebihan Kaa’bah ini.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim (tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Ka’bah) sebagai tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:
Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud”. (Surah al-Baqarah: Ayat 125).



Kenapa Kaa’bah berbentuk empat segi? Bentuk Kaa’bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu “beta”, “alpha”, “theta” dan “delta”.

Kenapa Kaa’bah ditutupi kelambu berwarna hitam? Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang terdapat pada kelambu Kaa’bah itu.

Kenapa putaran tawaf di Kaa’bah berdasarkan arah lawan jam? Jika dilihat dari satelit, Kaa’bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah Suci menjadi sihat.

Kenapa solat menghadap Kaa’bah (kiblat)? Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa’bah. Ini jika dibuat pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat menghilangkan stress.

Kenapa Kaa’bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah? Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat tenaga seseorang itu. Doa’ makbul di Kaa’bah kerana kesedaran bertuhan iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin mencintai Allah.

Rumusannya ialah kita mesti menghayati ibadat sama ada ketika bertawaf di Kaa’bah atau ketika solat di negara sendiri. Bagi menyelaraskan gelombang Kaa’bah dan gelombang kita ketika solat, lakukan solat dengan tenang.Insya Allah kita akan jadi lebih sihat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...