May 31, 2011

Farahdiya Yang Cun Dan Seksi



Rasa-rasanya belum ada kenyataan pribadi lagi yang dikeluarkan oleh Farah. Orangnya yang putih debu ni adalah kacukan Melayu-Inggeris, lahir pun di Sarzana, Itali. Nasib jerk fasih berbahasa Melayu. Hehe. Tengoklah gambarnya dibawah ni, memang cun dan menawan.

May 29, 2011

Bra in Sticker Mode

  
More fun now for women to wear a bra ..

Saintis Afrika Selatan temui lipas melompat

CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.
"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini.

P. Ramlee Bintang Tiada tandingan




TARIKH 29 Mei hari ini merupakan genap 38 tahun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun hakikatnya bak kata pepatah beliau pergi meninggalkan nama.
P. Ramlee pastinya akan dikenang dan dicatat dalam sejarah sebagai orang Melayu paling berbakat dalam bidang seni bukan sahaja pada zamannya namun tetap kekal di ingatan selagi hayat dikandung badan.
Manakan tidak kanak-kanak kecil sekarang yang jauh berbeza zamannya berbanding P. Ramlee tetap mengingati nama hebat ini melalui filem-filemnya yang tetap segar ditonton walaupun telah dimainkan berulang kali.


Dirasakan seolah-olah P. Ramlee itu seakan-akan masih hidup di kalangan kita memandangkan suara dan filem-filem lakonannya masih terus bersemarak dan berbudaya di dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Pemilik nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bukan sahaja berbakat dalam semua bidang seni dari lakonan ke nyanyian hinggalah pengarahan dan menggubah lagu malah dikenali sebagai insan pemurah yang tidak kenal erti kedekut setiap kali ada insan lain dalam kesusahan.
Azizah

Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, anak kepada seorang ahli pelayaran ini memang begitu mencintai bidang seni sejak dari kecil. Menurut cerita, P. Ramlee kurang berminat dalam pelajaran tetapi lebih aktif dalam bidang seni suara sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Memandangkan minat yang mendalam P. Ramlee telah menyertai pasukan pancaragam Terona Sekampong, Mutiara dan Rindu Malam di luar sekolah namun terhenti akibat meletus Perang Dunia Kedua.
P. Ramlee mula dikesan bakatnya bermula melalui lagu Azizah yang dimainkan pada satu acara pesta di Bukit Mertajam oleh seorang pengarah filem terkenal dari Singapura, B. S Rajhans.

Maka bermulalah karier beliau sebagai penyanyi latar dan pemain biola dalam filem pertamanya bertajuk Cinta keluaran Malay Filem Production (MFP). Selain itu beliau juga bertanggungjawab menyusun lagu-lagu latar selain melakonkan watak pembantu utama dalam filem berkenaan.
Suara emas P. Ramlee telah digunakan sepenuhnya oleh Rajhans untuk mendendangkan lagu-lagu yang dibawa oleh hero yang dikagumi ketika itu seperti S. Roomai Noor, M. Amin dan Osman Gumanti.

Terpilih
Mungkin kerana keadaan fizikalnya yang kurus, bermuka cengkung serta pipinya yang tidak licin, bakatnya tidak dinilai sepenuhnya pada peringkat awal.
Setelah membuktikan beliau boleh melakukan apa saja yang diminta dalam bidang seni, P. Ramlee akhirnya terpilih menjadi tonggak utama dalam filem Takdir Ilahi bersama aktres Neng Yatimah arahan L. Krishnan.
Kemampuannya sebagai anak seni semakin terserlah apabila filem pertama arahannya Penarik Beca keluaran tahun 1955 mendapat sambutan hebat dan terpilih sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu.
Walaupun telah menempa nama sebagai anak seni, namun keadaan ketika itu sangat berlainan berbanding kemewahan yang melimpah ruah sekarang.

Banglo usang
Beliau bersama pelakon-pelakon lain seperti A.R Tompel, Kasma Booty, D. Harris dan lain-lain tinggal bersama keluarga masing-masing di sebuah banglo usang di Jalan Ampas.
Keadaan ketika itu dimana mereka tinggal dan bekerja di bawah satu bumbung boleh dikatakan makan, tidur malah bernafas hanya untuk seni. Pastinya keadaan sebegini tidak menjadi masalah bagi P. Ramlee yang sudah biasa berbual, berbincang malah bertengkar kerana filem.

Suasana sebeginilah yang mematangkan pemikiran seni beliau apatah lagi dengan hubungan baiknya dengan pengarah filem dan penggubah lagu.
Selain itu P. Ramlee sangat dikenali sebagai seorang yang cepat mesra dan suka bersembang dengan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini sekaligus membolehkan beliau memahami denyut nadi masyarakat serta ragam dan telatah hidup manusia yang kemudian diserap dalam filem-filemnya.
Maka hasilnya segala gelagat dan tingkah laku manusia serta pelbagai asam garam kehidupan manusia menjadi antara bahan utama beliau dalam berkarya selain sebagai satu usahanya dalam memperbetulkan masyarakatnya.

Ini menjadikan karya P. Ramlee sangat dekat di hati masyarakat sehingga melahirkan ciptaan yang sehingga kini tidak lapuk dek zaman.

Kelemahan
P. Ramlee sepanjang hidupnya dikenali sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan dunia materialisme. Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan asal usul dirinya.

Menurut seorang rakan baik beliau yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, P. Ramlee tidak langsung memikirkan tentang soal masa depannya.
Beliau begitu mudah terperangkap dengan pujuk rayu serta mudah kasihan dengan orang yang bercerita tentang kesusahannya. Satu sifat P. Ramlee yang paling menyerlah adalah terlalu baik hati sehingga mengakibatkan beliau selalu ditipu.

Sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya bertujuan meminta sedekah dan bantuan pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.
P. Ramlee sememangnya sangat suka bersedekah dan menolong orang lain terutama golongan anak yatim yang mana semua ini dikeluarkan hasil dari duit poketnya sendiri.
Ditipu

Malangnya terdapat manusia yang sering mengambil kesempatan dengan menipu beliau malah ada yang sanggup menipu dengan meminta bantuan untuk mendirikan masjid. Setelah begitu banyak duitnya keluar namun sampai ke sudah bayang masjid pun tak ada.
Ujar Abdullah lagi, sifat terlalu bermurah hati ini serta percaya kepada semua orang bahawa mereka juga bersifat jujur sepertinya menjadi antara punca kejatuhan beliau sebelum pengakhir riwayatnya.
“Mereka datang dengan niat mahu mengikis duit P. Ramlee dengan cara meminta derma dan bantuan tetapi sebenarnya mereka berbohong kerana semua itu tidak benar.
“Ada antara mereka yang berkata ditimpa malapetaka , terkandas dan sebagainya tetapi itu tidak benar kerana mereka tahu P. Ramlee adalah seorang yang baik hati dan tidak bakhil seperti orang lain di Jalan Ampas,” katanya.

Selain itu ketika hayatnya, beliau sering saja ditipu oleh pihak-pihak promoter yang enggan membuat bayaran setelah beliau dan rakan-rakan selesai membuat pertunjukan.
“Bila selesai show ada pihak penganjur yang menghilangkan diri tidak mahu membayar maka terpaksalah P. Ramlee mengeluarkan wangnya sendiri sebagai ganti-rugi kepada rakan-rakan yang bersama membuat pertunjukan.
“Malah ada pihak yang menggunakan nama anak yatim untuk mencari derma atas nama pertunjukan amal. Sedangkan duit itu akhirnya masuk ke dalam poketnya sendiri,” kata Abdullah.

Dendam


Hakikat P. Ramlee menjadi bintang filem terkenal membuatkan ramai mereka yang terlibat dalam bidang seni menjadi iri hati dan menyimpan dendam serta mempunyai ramai musuh.
Malangnya ramai di antara mereka terdiri dari rakan-rakannya sendiri. Malah setelah ketiadaan P. Ramlee pun ramai di kalangan musuhnya mempertikai keperibadiannya serta mencemuh beliau sebagai seniman yang tidak apa boleh dibanggakan.

Dikatakan pernah wujud satu keadaan dimana terdapat pakatan mahu merosakkan wajah P. Ramlee untuk melenyapkan popularitinya.
Namun Tuhan masih bersama beliau kerana gerakan tersebut terbongkar dan seorang penyanyi yang dihormati ketika itu dikenali sebagai Jasni memberi amaran kepada golongan yang berlagak samseng ini supaya tidak diapa-apakan P. Ramlee.
Selain itu terdapat usaha untuk menyingkirkan P. Ramlee dari Studio Jalan Ampas melalui penyingkiran jawatannya sebagai Presiden Persatuan Artis Malaysia (PERSAMA). Gerakan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Filem ketika itu turut sama mengheret P. Ramlee dalam masalah mengenai tuntutan gaji yang kecil.
Ini menyebabkan P. Ramlee membawa diri ke Kuala Lumpur mengakibatkan suasana di Studio Jalan Ampas semakin muram yang akhirnya ditutup.

Mereka ini akhirnya sedar bahawa kerana manusia bernama P. Ramlee inilah yang telah membawa sinar kejayaan kepada semua mereka.
Bersandarkan hasil karya dan bakat besar P. Ramlee maka adalah tidak salah untuk diberi gelaran Seniman Agung kepadanya. Bagaimanapun semua kejayaan itu tidak akan sempurna tanpa sokongan rakan sekerja termasuk mereka di belakang tabir.

Semestinya peminat tegar beliau dari segenap usia di serata dunia turut sama memainkan peranan agar karya-karyanya terus dihayati ramai dan selayaknya P. Ramlee diangkat sebagai sebutir bintang yang tiada galang gantinya.


P/S: Al-Fatihah untuk P. Ramlee moga roh nya ditempat dengan orang2 yg soleh..

May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Dit Rumah Anak Yatim Al-Taqwa


13 orang terbunuh manakala tiga lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa blok dewan makan di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini petang semalam Di HULU LANGAT.
Sehingga pukul 11 malam tadi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terselamat termasuk seorang warden asrama berusia 22 tahun.


Kesemua yang terselamat dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.

Ketika kejadian, seramai 24 penghuni sempat melarikan diri manakala 25 yang lain termasuk lima penjaga dilaporkan hilang.
Kesemua penghuni yang terperangkap berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Runtuhan tanah itu dikatakan menimbus keseluruhan dewan makan yang terletak di bawah bukit tersebut.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai lima mangsa pertama dapat dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan mereka dilaporkan selamat.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Mayat pertama semalam dibawa keluar pada pukul 4.30 petang oleh pasukan penyelamat selepas tertimbus di bawah runtuhan batu-bata manakala mayat kedua pula dibawa keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, operasi mencari dan menyelamat tetap akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.


P/S: sorry lh aku malas nk edit post ni...aku kurang sihat dh... :-( banyak tul tanah runtuh kat selangor. Al-Fatihah untuk yang terkorban...
Sumber : kosmo

May 18, 2011

Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja Abdullah


Kes buli masih belum habis.Ada sahaja kejadian buli di sekolah.Dan kali ini, berlaku kejadian kes buli di SMK Raja Abdullah. Adakalanya boleh menyebabkan kematian macam kat Sarawak.


Bayangkan kalau perkara begini terjadi kepada anak-anak kita? Sangat kurang ajar apabila pembuli melempang, menggunting rambut, mencekik leher mangsa dengan tali leher, memukul dan lain-lain lagi.Kejadian ini berlaku pada waktu rehat, jadi guru tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.


Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?Hanyalah kes cemburu terhadap mangsa.Apa yang dicemburukan, tidaklah kami ketahui, tetapi perkara ini sudahpun mendapat perhatian Kementerian.Namun ibu dan bapa kepada pembuli ini tidak percaya terhadap tuduhan yang dikenakan kepada anaknya kerana mereka percaya anak mereka sangat baik di rumah. Ibu bapa sekarang ini menyerahkan tugas mendidik anak mereka sepenuhya kat Guru sekolah.


Inilah masalah ibu-bapa yang terlalu mempercayai apa sahaja yang anak dia cakap.Walaupun dah melihat sendiri video tersebut, masih boleh ibu bapa tertuduh mengatakan anak mereka tidak bersalah dan mendakwa pula sekolah kerana membuat fitnah.Dalam perkara ini, ibu bapa sendiri yang mendorong anak mereka menjadi begini (anak manja).

Mana pergi nilai-nilai kemanusiaan seorang pelajar.Sekolah dulu tak macam sekarang.Salah sikit, sebat anak murid dah kena saman. Aku dulu selalu juga kena rotan, hukum berkebun, lari satu sekolah dll, tapi tak pernah nak saman Cikgu.Walhal memang patut pelajar sekolah yang bermasalah kena hukum.Bila pelajar dimanjakan oleh ibu bapa mula lah naik lemak, macam ni lah yang terjadi.Apa nak jadi dengan anak-anak muda sekarang.

Apa pendapat anda mengenai video kes buli di atas?

The Next iPhone 5 Likely Heading to Sprint

A new job posting found on Apple’s website for a “carrier engineer” may be a hint towards the company’s plans to add Sprint as a carrier in the near future. The posting, located near Sprint’s head offices in Kansas City, Missouri, comes as many are speculating that Sprint may end up carrying the company’s next iPhone.
Rumors have been circulating recently that Apple will release an updated iPhone – dubbed the “iPhone 4S” by an analyst last week – as soon as September with support for both Sprint and T-Mobile. The discovery of this job posing does little to quell the rumors, as the posting states the Carrier Engineer position will be located roughly 20 miles from Sprint’s offices in Overland Park.
The job listing was first reported by “Stop It, AT&T” although since the news has broken, Apple has mysteriously changed the location of the job back to Cupertino, California – the location of its HQ and development campus.
While it’s not out of the ordinary for Apple to hire engineers for iPhone development, the posting requires technical experience with many different cellular technologies, including CDMA. CDMA is used by Sprint, who operates the nation’s second largest network based on this particular technology. The Carrier Engineer position is also responsible for “day-to-day technical interactions with the one or more carriers to track down issues reported by the carrier,” which includes “working with program management, software development and test teams to get products approved by the carriers.” This is leading many to believe that the new products for approval will be headed to Sprint.
Once Apple and AT&T finished their exclusive deal and Apple launched the iPhone with Verizon, many speculated that the phone would be headed to Sprint, as they share similar technologies. Apple also made the point of mentioning that its iPhone deal with Verizon is non-exclusive, meaning they could launch on Sprint at any time.
Sprint has yet to comment on the rumors, and has offered no indication that they will be adopting the iPhone in the near future.

May 14, 2011

Jiran Hantu

Cuba baca dua kes berbeza ini:

1) Seorang lelaki yang menyewa sebuah rumah teres tidak begitu mengenali jirannya yang sering membuat bising di waktu malam. Karaoke, pasang muzik kuat-kuat dan sebagainya…. Suatu hari, dia tidak lagi mendengar bunyi bising dari sebelah rumahnya itu. Mungkin orang itu balik ke kampung atau bercuti. Selepas beberapa hari, rumah jirannya itu dipenuhi orang ramai termasuk polis. Rupa-rupanya dia sudah lebih seminggu meninggal dunia. Bukan mati dibunuh tetapi mungkin pengambilan ubat tidur berlebihan…. Mayatnya sudah berulat dan berbau serta bahagian tertentu sudah tertanggal. Habis, siapa yang membuat bising dalam dua tiga hari lepas?

 2) Seorang makcik sering menghantar makanan kepada anak-anak muda yang menyewa berhampiran rumahnya… Hidup berjiran katakan.. lagipun anak-anak muda itu baik-baik dan bersopan santun. Pada suatu waktu, iaitu cuti Tahun Baru Cina, kira-kira jam 2 pagi, makcik itu terjaga dan dapat menghidu sesuatu yang buruk. Rupa-rupanya, anak-anak muda itu membawa balik pasangan seks masing-masing dan membuat pesta. Tidak disangka, dalam kelembutan dan sopan santun, mereka juga ‘hantu’ yang berselindung di sebalik wajah baik…. Rumah mana yang paling berhantu sebenarnya?

8 Cara Kekal Romantik

Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Di sini GUA ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.

Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.

May 12, 2011

Cuaca Panas - Kurangkan Aktiviti Luar, Minum Lebih Banyak Air


Fenomena El-Nino dengan suhu mencecah 38 darjah selsius seperti yang berlaku pada 1998, dijangka tidak akan berulang.

Menurut Jabatan Meteorologi, walaupun keadaan cuaca panas melanda negara ketika ini, suhu masih di sekitar 32 hingga 34 darjah selsius.

Saw Bun Liong, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi: "Sekarang dah mula masuk bulan Mei. Jadi kita dah mula mengalami monsun barat daya pada minggu kedua. Jadi cuaca sudah berubah daripada petangnya, daripada banyak ribut petir di sebelah petang, jadi sekarang ini semakin kering."

Menurutnya, cuaca panas kini turut dirasai di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Australia dan Filipina.

Selain itu, aktiviti ribut tropika, kurangnya jumlah taburan hujan dan tahap kelembapan udara yang kurang, turut menjadi faktor penyumbang kepada keadaan itu.

Suhu tertinggi pernah dicatat di Malaysia adalah 40.1 darjah selsius, iaitu di Perlis pada 1998.

Berikutan itu, orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar dan digalakkan minum lebih banyak air bagi mengelakkan kesihatan terjejas.

Sudah ada tanda ruang udara negara kembali dilanda jerebu .

Sehingga 5 petang tadi, satu kawasan di Tanjung Malim, Perak sudah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat melebihi 100 IPU.

Punca jerebu, menurut Jabatan Alam Sekitar kebakaran di negara jiran.

DATUK ROSNANI IBARAHIM/ KETUA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR
"Dua tiga hari ni, keadaan cuaca kita panas dan kering, jadi di kawasan lembah klang dan sekitarnya kita dapati bahawa daripada data2 yang kita kumpul tentang kualiti udara kita nampaknya ada sedikit berjerebu. Puncanya adalah oleh kebakaran yang berlaku di negara jira. Jadi kita berharapkan supaya kita ambil langkah berjaga-jaga supaya mengelakkan drpd melakukan kebakaran kerana ianya mungkin akan menambahkan lagi masalah kemerosotan kualiti udara yang berlaku sekarang."

Selain Tanjung Malim satu lagi kawasan yang hampir mencatat IPU tidak sihat Pelabuhan Klang.

Daripada 52 kawasan dicatatkan, 27 kawasan atau 54 peratus mencatat IPU sederhana.

22 lagi kawasan atau 44 peratus - IPU baik dan satu tidak sihat.

Cuaca panas dan berjerebu boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

DR MUHAMED YUSOFF/ DOKTOR KLINIK KUMPULAN RAKAN MEDIC
"Kita mendapat kes-kes kebelakangan ini, pesakit mendapat sakit tekak, batuk, kanak-kanak demam, selesema, ada yang sakit mata, ada yang mengalami masalah pendengaran."

Orang ramai dinasihatkan minum air dalam kuantiti yang banyak, selain menghadkan aktiviti luaran.

Dan pakai "penutup hidung dan mulut" jika perlu.


Aimi Jarr Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Pelakon veteran merangkap bekas wartawan hiburan Aimi Jarr telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati di sini pagi Selasa 10 Mei 2011. Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Bin Puteh adalah seorang pelakon dan penulis skrip semenjak tahun 1962.


Beliau pernah memenangi anugerah ‘Penulis Lakon Layar Terbaik (Festival Filem Malaysia Ke-2 ) . Kali terakhir beliau membintangi filem pada tahun 2004, sebagai pelakon jemputan dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.


Jenazahnya dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada waktu Zohor, hari ini. Marilah kita-kita sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Aimi Jarr dan doakan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Review Filem Kongsi, Lu Langsi Lu Mati

Filem Kongsi yang bertaglinekan “Lu Langsi Lu Mati” merupakan sebuah filem serius komedi. Apa-apa pun kita tengok trailer filem Kongsi dulu.











Diterajui oleh Shaheizy Sam, filem Kongsi agak mengecewakan di mata saya. Kalau nak diikutkan, kekuatan filem ini sememangnya 100% bergantung kepada lakonan mantap Shaheizy Sam. Kelemahan paling ketara filem Kongsi ialah ketiadaan plot ataupun jalan cerita. Filem Kongsi seolah-oleh filem jalan-jalan jumpa orang dan gaduh. Itu sahaja.


Selain daripada lakonan Shaheizy Sam yang sememangnya tak mengecewakan, filem Kongsi banyak menunjukkan aksi-aksi pergaduhan dan kejar mengejar guna kereta yang mantap. Filem ini sangat sesuai ditonton kalau anda nak hilangkan stress bekerja sebab babak-babak lawak dia agak menjadi jugaklah. Kelakar jugaklah watak gangster cakap Kelantan yang dibawa oleh Shaheizy Sam.


Secara ikhlas, saya hanya mampu bagi 3 bintang daripada 5 kepada filem Kongsi ini. Jalan ceritanya memang lemah. Kalau boleh di”touch up” kan sikit jalan ceritanya mungkin filem ini boleh membawa kelainan kepada genre perfileman negara kita. Tapi apapun saya sarankan anda tonton filem ini terutama kalau anda peminat setia Shaheizy Sam.
Akhir pesanan, Lu Langsi Lu Mati. Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...