Nov 29, 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN JEMUKAN, SADONG JAYA (YBA8302)

Logo Sk Jemukan Baru
Logo Sk Jemukan


LATAR BELAKANG


Sekolah Kebangsaan Jemukan pada asalanya sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Jemukan dan seterusnya kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pengasas SRK Jemukan ialah Tuan Haji Mohammad B Haji Yusuf, berasal dari Pulau Betawi, Indonesia.

            Semasa berumur 5 tahun, beliau tinggal di Mekah bersama dengan ibu beliau dan menuntut di sana. Setelah menetap selama 41 tahun di Mekah, beliau berpindah ke Bombay, India iaitu setelah tercetusnya Perang Wahabi. Beliau berpindah ke Kuching (Kampung Bako) dan berkahwin dengan Hajah Salehah Bt Abang Ning yang berasal dari Spaoh. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Atas kepandaian beliau dalam bidang agamalah beliau diminta untuk menabur bakti di SRK Jemukan. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di kawasan Saribas dab Kampung Tanjung Bundong.

            Pada tahun 1952, Madrasah al-Diniah didirikan oleh pengasasnya secara gotong-royong dengan para penduduk kampung. Pada tahun 1962, beliau telah menerima undangan penduduk Spaoh, Saribas dan di sanalah beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Sue, Saribas.

            Pada tahun 1964, Madrasah al-Diniah telah mendapat bantuan daripada Majlis Tempatan Daerah Sadong Hilir dan namanya ditukar kepada SRK Jemukan dengan bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1973 pula, ianya diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan namanya terus ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan dan kekal sehingga sekarang.

            Pada tahun 1983, sekolah ini telah menerima pembiayaan Bank Dunia, dilengkapi dengan dua blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik Pusat Sumber (PSS), sebuah Bilik Guru, Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Klinik pergigian. Selain itu, ianya juga dibekalkan dengan sebuah kuaters Kelas IV, 3 unit berek, 8 unit tandas murid, tempat perhimpunan dan kemudahan tangki air. Tanggal 1 Ogos 1986, SK Jemukan telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bujang B Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.


Oct 1, 2013

Surat tawaran SPA & JPA : Juruteknik Komputer Gred FT17

Hari ini tetiba rasa rajin pula nak update; mengenai surat SPA & JPA ni bagi jawatan 

Juruteknik Komputer Gred FT17. Ini adalah satu pengkongsian sahaja dariku, bukan niat lain dari itu sahabat- sahabat..hu..hu.. Hakikatnya kita harus rasa bersederhana dalam setiap apa yang diperolehi. Selalu saya ingatkan diri agar selalu menjadi seprti padi... InsyaAllah..


Okay sedikit imbas kembali tarikh



Temuduga : 7\06\2013
Semakan Keputusan : 9 \07\ 2013
Surat tawaran SPA & JPA  : 04\09\2013
Tarikh lapor diri & kursus : 17\10\2013 - 25\10\2013
Tarikh mula kerja; 28\10\2013


* SURAT SPA MENGANDUNGI;
a) Surat medical
b) Surat akuan sumpah
c) Surat setuju terima lantikan- yang ni print juga surat setuju lantikan kat laman web spa
d) contoh surat aku janji- yang betul kita akan sign depan bos

* SURAT DARI JPA; dia minta yang mana diatas dari a) hingga c) dan juga
- borang profail lantikan baru ( bersama 2 keping gambar pasport berkot)

*PERKARA STANDBY UNTUK GAJI;
a) Salinan ic
b) Penyata KWSP
c) Gambar pasport
d) Buku akuan bank atau Statement Slip Bank bagi yg xde buku




surat tawaran SPA

surat tawaran JPA


Feb 21, 2013

Rooting Allwinner A13 android tablet



1. Download unzip http://www.mediafire.com/?lyi27c3qyyz5469

2. Enable UNKNOWN SOURCES

3. Connect your a13 tab in USB DEBUGGING mode,

4. then run   "runme.bat "

5. sit back read the on screen instructions

6. the device will reboot a couple of times

7. when the script finishes it will say "ALL DONE" Your tablet is rooted

Superuser Icon was shown...you have full acess to system root file now
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...