Dec 29, 2010

Siti Nordiana Berjanji Tidak Mahu Seksi Lagi



Akhirnya tak sia-sia anda semua memberikan kata-kata teguran di dalam entri Mana Ada Saya Seksi Melampau- Siti Nordiana.Hari ini dalam BiPop, Nana telah melahirkan keinsafannya dan berjanji tidak akan seksi lagi.

Kepada peminat dan pihak media yang tersinggung dengan pembaharuan yang cuba saya tampilkan, sekaligus tidak boleh menerima imej seksi, saya mohon maaf. Saya berjanji selepas ini saya tidak akan mengenakan pakaian seksi yang melampau lagi.

Inilah contoh artis yang bagus dan sanggup menerima teguran dan pendapat daripada peminat. Kami doakan agar Nana berpegang pada janji. Ingatlah kata kami, peminat sekarang sudah bijak. Kalau anda berbakat, tak perlu seksi-seksi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...