Apr 17, 2011
Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Sarawak 2011
Keputusan Penuh Kemenangan Barisan Nasional
Barisan Basional :Menang 55 Kerusi
DAP :Menang 12 Kerusi
PKR : Menang 3 Kerusi
BEBAS :Menang 1 Kerusi
PAS :Tak Menang..haha
Apa yang dapati dilihat Pilihan Raya Negeri Sarawak ini Barisan Nasional terus mendapat sokongan padu oleh RAKYAT MALAYSIA yang mahukan BN menjadi pemerintah di negara ini. Tapi parti DAP pun masih menjadi pilihan kaum cina kat sarawak kerana sebab tertentu. Majoriti pengundi berdaftar kat sarawak ialah kaum cina.
Rakyat Malaysia sudah tidak mempercayai lagi janji-janji Pembangkang untuk rakyat sarawak kerana dah tahu semua janji itu janji kosong belaka...haha..kelentong kuat..!
BN bertanding di semua kerusi dengan komponen utamanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meletakkan calon di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di 19 kerusi, manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) masing-masing di sembilan dan lapan kerusi.
Daripada 55 kerusi dimenangi BN, PBB menang semua 35 kerusi ditandinginya, SPDP dan PRS masing-masing menyumbang tujuh kerusi, tetapi SUPP yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina, tewas teruk apabila hanya mampu menang enam kerusi iaitu Bawang Assan, Engkelili, Simanggang, Senadin, Opar dan Bengoh.
Abdul Taib menang selesa dengan majoriti 5,154 undi untuk mempertahankan kerusi Balingian, menewaskan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang juga dua pupunya serta Suriati Abdullah daripada PKR.
Kejutan bagaimanapun, berlaku di DUN Piasau, Miri apabila penyandang kerusi, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga Presiden SUPP tewas kepada muka baru daripada DAP, Ling Sie Kiong.
Dua pemimpin komponen BN lain, iaitu Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom berjaya mempertahankan DUN Pakan dengan 3,938 undi, mengalahkan Jamal Abdullah @ Tedong Gunda (SNAP) dengan kelebihan 1,197 undi, manakala Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing kekal di DUN Baleh selepas memperoleh 5,242 undi, mengetepikan calon PKR, Bendindang Manjah dengan majoriti 3,898 undi.
Turut menang Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Openg; Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Ketua Penerangannya yang juga Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, masing-masing mempertahankan kerusi DUN Satok, Bukit Sari dan Tanjung Datu.
P/S: Tahniah orang Sarawak kerana keluar mengundi. Peratus Keluar Mengundi kali ini ialah 71%.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment