Aug 20, 2011

Cara/Panduan Solat Hari Raya


PENDAHULUAN
Solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara
berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali
kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun. Solat ini di
syariatkan pada tahun kedua hijrah berdasarkan sirah an-Nabawiah.
Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya
Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW
lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum
yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas
(untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai Baginda bersurai. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)


HUKUM SOLAT HARIRAYA
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak
pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan
para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.

Petanda Malam Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam 10 Ramadan terakhir.
Seperti 20,21,23,....29. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.

Aug 7, 2011

Niat Puasa Dan Doa Buka Puasa

Niat Puasa Ramadhan

 Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”


Doa Berbuka Puasa
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

ama-samalah kita mengamalkan niat puasa ramadan ini supaya ibadat puasa yang kita lakukan tidak sia-sia. Jika niat puasa dilakukan dalam bahasa melayu atau apa sahaja bahasa yang kita faham pun boleh asalkan kita memahami niat puasa yang kita lakukan. Cuma jika niat dilakukan dalam bahasa arab kita boleh mendapat pahala kerana bahasa arab itu adalah bahasa Rasulullah S.A.W, bahasa Al Quran dan juga bahasa ahli syurga. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.

Iklan Istimewa di Masjid : Edisi Ramadan


Ucapan UNDERSEA Blogserius From Student UTHM

DARI : Ahmad Syafiq

UCAPAN : Selamat hari raya dari kami student civil engineering parit king, batu pahat.. dengan terlupa ingatan tulus dan mulus ingin memberi pesanan, bakar lemang tu jgn la smpi hangus.. ni idak, kadang2 ktorg beli tepi jalan ada yg mentah.. jual nak mahal je.. dan semoga Pak Long Wan berbahagia disamping istri baru walaupun baru kematian istri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...