Aug 20, 2011
Cara/Panduan Solat Hari Raya
PENDAHULUAN
Solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara
berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali
kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun. Solat ini di
syariatkan pada tahun kedua hijrah berdasarkan sirah an-Nabawiah.
Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya
Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW
lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum
yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas
(untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai Baginda bersurai. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
HUKUM SOLAT HARIRAYA
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak
pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan
para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.
Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim
atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama
seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir
tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap
takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.
AZAN DAN IQAMAH
Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal
menyeru dengan iaitu ‘Marilah Solat Berjemaah’.
WAKTU SOLAT
Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga
sebelum masuk waktu fardhu Zohor.
KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARI RAYA
Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW seperti:
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Aidulfitri** dua rakaat tunai (sebagai
imam/makmum) kerana Allah Taala.”
**tukar kepada Aidul Adha jika Raya Korban
2. Membaca doa Iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 5 kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
KHUTBAH HARIRAYA
Membaca dua Khutbah Hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua
khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir
dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh
kali berturut-turut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment