Mar 16, 2011

Blogger Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Baru

Blogger (atau lebih dikenali sebagai Blogspot) merupakan salah satu platform blog yang paling popular didunia, dimana sehingga kini terdapatnya lebih separuh billion artikel padanya, dengan lebih 400 juta pembaca aktif. Dan untuk terus menjadi platform pilihan, kini Google telah pun memperlihatkan pelbagai perkara baru yang akan diperkenalkan pada Blogger.
Salah satu perkara utama adalah dimana Blogger kelak akan membawakan antaramuka dan rekabentuk baru yang serba kemas dan menarik. Antaramuka generasi baru ini turut sama menggunakan Google Web Toolkit, membawakan teknologi web yang serba baru kepada para penggunanya.

Selain daripada antaramuka dashboard yang baru, Google juga turut sama dijangka akan memperkenalkan teknologi baru untuk memudahkan anda membaca artikel-artikel berkaitan dengan lebih mudah, berdasarkan kepada apa yang sedang anda baca.

Sepanjang tahun 2011 juga, Google dijangka memperkenalkan lebih banyak fungsi-fungsi menarik, sekaligus mengekalkan platform blog mereka sebagai antara yang paling popular didunia.


Mar 9, 2011

Crocodile Fish??


Finally, you also find the fish crocodile alligator ...

Crocodile Fish this on the front of his face like a crocodile, while the body is the body shape of fish ..

That is why coats called Crocodile Fish ... Must have a vicious because his teeth were kind of crocodile teeth ... hehe




we going to have BBQ of Crocodile Fishs..

Crocodile Fish

Crocodile Fish




Intel Memperkenalkan Generasi Kedua Cip Pemprosesan Core

Intel Malaysia hari ini telah pun melancarkan generasi kedua untuk cip pemprosesan Core yang mana membawakan prestasi dan kelajuan yang dipertingkatkan, bersama-sama dengan kebolehan pemprosesan yang lebih lagi daripada sebelumnya.


Antara perkara baru yang dibawakan adalah termasuk Intel Quick Sync Video, membolehkan anda memproses sesebuah video dengan lebih pantas, Intel InTru 3D membawakan pengalaman resolusi HD penuh dalam bentuk 3D, Intel Clear Video HD membawakan kualiti video dan pengalaman pelayaran web lebih menarik, dan Intel Wireless Display yang membolehkan anda menghubungkan PC kepada HDTV terus melalui rangkaian rumah dengan mudah melalui Wireless.


Secara ringkasnya, melalui keluarga baru Core yang diperkenalkan, ianya membawakan sokongan grafik dan HD yang lebih menarik lagi melalui Core i3, Core i5 dan juga Core i7.

Laporan Web Untuk Bulan Februari Dikeluarkan MDA

Seperti bulan-bulan sebelum ini, Malaysian Digital Association bersama-sama dengan Effective Measure telah pun mengeluarkan laporan statistik bulanan mereka berkaitan pelayaran web oleh rakyat Malaysia. Seperti diketahui, laman web yang paling ramai layari di Malaysia adalah Facebook, dan diikuti oleh Google.
Lima laman web yang paling aktif dilayari oleh rakyat Malaysia adalah Facebook, Google, MSN, YouTube dan juga Mudah. Manakalah lima laman web tempatan yang paling aktif dilayari adalah Mudah, TheStar, MalaysiaKini, Harian Metro dan juga Lowyat.net. Beberapa blog juga turut tersenarai dalam 30 laman web tempatan paling popular, iaitu PaulTan.org pada kedudukan ke-15, OhBulan.com pada kedudukan ke-20, dan juga BeautifulNara.com pada kedudukan ke-26.
Pada masa yang sama, beberapa perkara menarik turut dikeluarkan pada laporan bulanan mereka, dimana kini ianya dilihat ketumpatan pengguna lelaki adalah lebih daripada pengguna perempuan, dimana secara purata laman-laman tempatan mempunyai 73.82% kunjungan pengguna berjantina lelaki. Pada masa yang sama, kumpulan pengguna yang menyumbangkan trafik paling banyak adalah mereka yang berumur antara 25-30 tahun.
Laporan penuh yang dikeluarkan oleh Malaysian Digital Association dan Effective Measure boleh dimuat-turun untuk dibaca dengan lebih lanjut.

Syafiqah Amanda Ambil Gambar sexy...



Syafiqah Amanda, pelakon tak berapa nak popular lagi, umur baru 19 tahun tapi dah ambil gambar berbasah-basahan. Lisa Surihani dulu masa nak femes pun tak adalah nak amik gambar basah-basah macam nie. Adakah jalan pintas untuk menggapai populariti? Pening kepala dibuatnya.
Lagi gambar Syafiqah Amanda yang mampu menjolok mata anda (risiko tanggung sendiri) dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...