Mar 9, 2011

Intel Memperkenalkan Generasi Kedua Cip Pemprosesan Core

Intel Malaysia hari ini telah pun melancarkan generasi kedua untuk cip pemprosesan Core yang mana membawakan prestasi dan kelajuan yang dipertingkatkan, bersama-sama dengan kebolehan pemprosesan yang lebih lagi daripada sebelumnya.


Antara perkara baru yang dibawakan adalah termasuk Intel Quick Sync Video, membolehkan anda memproses sesebuah video dengan lebih pantas, Intel InTru 3D membawakan pengalaman resolusi HD penuh dalam bentuk 3D, Intel Clear Video HD membawakan kualiti video dan pengalaman pelayaran web lebih menarik, dan Intel Wireless Display yang membolehkan anda menghubungkan PC kepada HDTV terus melalui rangkaian rumah dengan mudah melalui Wireless.


Secara ringkasnya, melalui keluarga baru Core yang diperkenalkan, ianya membawakan sokongan grafik dan HD yang lebih menarik lagi melalui Core i3, Core i5 dan juga Core i7.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...