Mar 25, 2011
Derita Jalan Sultan Tengah berakhir
KUCHING – Penantian hampir lima tahun pengguna Jalan Sultan Tengah (JST) khasnya dari Semariang ke Sekolah Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) dan Bandar Baru Semariang akhirnya tercapai jua apabila tidak lagi bergelut dalam kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak.
Senyuman pastinya terukir di setiap wajah pengguna JST apabila jalan sepanjang empat kilometer itu lancar setiap hari termasuk ketika waktu persekolahan.
Ujian pertama tempoh seminggu persekolahan yang bermula minggu lepas ternyata berjaya dilepasi dan pengguna tidak lagi perlu bangun awal untuk mengelak daripada terkandas sepanjang JST hinggalah ke Semariang.
Kira-kira 100,000 penduduk yang tinggal sepanjang Jalan Sultan Tengah dekat Kuching menarik nafas lega dengan siapnya jalan empat lorong yang menghubungkan pusat bandar dengan beberapa kawasan perumahan di Bandar Baru Semariang itu.
Kerja naik taraf jalan dua lorong kepada empat lorong sepanjang empat kilometer tersebut telahpun bermula pada pentengahan tahun ini dengan kos RM23 juta di bawah Pake Ransangan Ekonomi Kedua.
Sarawak melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telahpun menerima peruntukan sebanyak RM4 bilion untuk membangunkan semua jalan di kawasan bandar dan luar bandar.
Jalan Sultan Tengah sebelum ini dibina dengan kapasiti 2,500 kenderaan dalam sejam, namun ketika ini jumlah kenderaan telah bertambah kepada 3,200 kenderaan sejam dan dengan pembinaan empat lorong jalan terbabit, ia mampu menampung kapasiti 6,000 kenderaan dalam sejam.
Seorang pengguna Awang Abdullah,38 tahun berkata walaupun terpaksa berpusing jauh melalui bulatan di hadapan pejabat Mardi, namun trafic adalah lancar dan tidak banyak masa yang terbuang.
“Saya menghantar anak bersekolah di Sekolah Rendah Agama Shikh Abdul Kadir Hassan setiap hari dan kini kesesakan telah berakhir, pastinya ia satu kesenangan untuk pengguna dan rakyat,” katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat.
Rusdi Hassan, 46, berkata diharap pengguna khasnya rakyat di Semariang dan Bandar Baru Semariang menghargai apa yang telah kerajaan buat di JST.
Katanya diharap lebih banyak lagi projek naik taraf jalan dibuat bukan sahaja di kawasan bandar malah juga kawasan luar bandar di Sarawak.
“Terima kasih kerajaan khasnya Barisan Nasional (BN), selepas ini kita rakyat di Sarawak berharap bukan sahaja jalan di bandar di naik taraf, malah juga di luar bandar,” katanya yang berasal dari Betong Sarawak.
P/S: Jalan raya di Semariang dulu yang di buat tapi jalan Matang Baru/Lama masih belum di laksanakan.
Di harapan Kerajaan Negeri Sarawak Cepat mengambil tindakan ke atas kesesakan lalulintas di kawasan bandaran utama....('',)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
camne nk kh jalan sultan tengah tok..lamak sik balit bandar baru semariang...huhuhu
ReplyDelete