Jan 23, 2011

Ada Ke Orang Nak Beli Tin Pepsi Limited Edition Siti Nurhaliza Berharga RM2000?

First thing first, memang Abang Nara tabik spring kepada penyimpan tin Pepsi limited edition yang ada cop muka Siti Nurhaliza nie. Keluaran tahun 2000 tue. Kiranya dekat 10 tahun lebih dia dah simpan dan kini dia jual balik dengan harga RM2000. Bayangkan berapa banyak keuntungan dia buat? Inilah yang dinamakan otak geliga.
Persoalannya wujudkah die hard fans Datuk Siti Nurhaliza yang sanggup perabihkan RM2000 semata-mata untuk mendapatkan tin Pepsi nie? Kalau Abang Naralah, memang tak sanggup. Daripada beli tin Pepsi, baik beli iPad. Boleh main-main masa tengah boring tak ada benda nak buat. Tak gitu?
Adakah anda sanggup habiskan RM2000 untuk mendapatkan tin Pepsi Siti Nurhaliza ini? Sila nyatakan di ruangan komen ye.

1 comment:

  1. Saya ada poster Pepsi Siti Nurhaliza & Ricky Martin. Tak silap dalam tahun 90an. Mase tu lg kecik, main2 simpan je. Lepas tgk tin pepsi thn 2000 harga pon rm2000..boleh tak poster limited edition Pepsi Siti cecah harga mcm tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...