Jul 19, 2011

Lawak: Bunuh Syaitan




Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau
si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah
tersebut kepada suaminya.


“Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan
isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang
betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut
akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau
beberapa ekor syaitan”


Kata si suami “yerr kerr?,  tak apa malam ni malam Jumaat,
masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg?”
sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.


Selang dua hari kemudian, si isteri berkata “banggg,
jom kita bunuh syaitan bang”. Si suami tersenyum panjang.


Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, “banggg,
jom kita bunuh syaitan bang”. Suami berkata “‘takpe…tunggulah malam”.


Esoknya si isteri berkata, “banggg, jom kita bunuh syaitan…bang”.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.


Esoknya si isteri berkata lagi, “banggg, jom kita bunuh syaitan… “,
suami tiba – tiba marah dan berkata ……..“Ayang nie nak bunuh syaitan
ke atau nak bunuh abang?!”

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...