DARI sekian banyak karakter yang ada dalam novel mahupun filem Harry Potter, setiap peminat pasti mempunyai satu karakter kegemaran mereka. Namun, siapa sangka kalau sosok antagonis yang dimainkan oleh Alan Rickman iaitu Severus Snape menjadi sosok paling digemari oleh pengikut setia filem yang kini sudah tamat menerusi saga terakhirnya, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.
Watak guru 'pembunuh' Severus Snape itu dipilih sebagai paling digemari menerusi satu undian yang dibuat oleh majalah Empire.
Lebih menarik, menerusi undian yang sama, watak Harry Potter yang dimainkan oleh Daniel Radcliffe sendiri hanya mampu berada di posisi ketiga, duduk di bawah watak temannya, Ron yang dimainkan oleh Rupert Grint.
Menurut editor majalah itu, karakter Snape menjadi kegemaran kerana kesukaran dan ia agak kompleks atau berat untuk dimainkan.
"Snape adalah karakter yang benar-benar hebat, berlapis-lapis, rumit dan sangat mengejutkan di sebalik sosok khasnya dengan rambut panjang hitamnya. Dia tampil sangat bagus dalam filem itu kerana cara Alan Rickman yang memasukkan sifat yang mengancam dan patut dibenci. Sementara Harry, Ron, dan Hermione terasa lebih hero. Snape benar-benar karakter JK Rowling yang paling penting dan kompleks," ujar jurucakap majalah tersebut.
Sumber: kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment