Kod QR (QR Code) Pernahkah anda mendengar istilah ini? Buat mereka yang
geek & mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti anda tahu apa itu Kod QR. QR adalah singkatan untuk
Quick Response atau pun’respon/maklumbalas yang pantas’. Kalau kita selalu melihat
Barcode yang biasa dipaparkan di produk-produk tertentu, Kod QR adalah seperti gambar dibawah ini.
Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit anda, anda
dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Untuk
gambar dibawah ini, sekiranya anda mengimbas kod tersebut pada telefon
bimbit anda dengan menggunakan aplikasi tertentu (seperti Barcode
Scanner/Android) yang boleh di download di market.android.com anda akan mendapat blog ini. Sungguh pantas dan mudah tanpa perlu menaip URL yang panjang.
Kegunaan Kod QR
Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien
- Alamat laman web / URL
- Kandungan Teks (250 aksara)
- Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
- Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
Pengalaman penulis, sejak dua tahun baru-baru ini banyak iklan di
suratkhabar memaparkan Kod QR. Sekiranya anda pengguna AKLEH yang tegar,
anda dapat melihat papan tanda bank yang menggunakan Kod QR. Berbanding
Barcode yang hanya boleh menyimpan nombor dan huruf dan akan
mengambil ruang selaras dengan panjang kod tersebut, kod QR sangat
fleksible dengan keupayaan storan yang dinyatakan diatas. Hanya sekali
imbas menggunakan aplikasi yang disediakan, anda dapat maklumat yang
ingin dikongsikan.
Air Asia & MAS Airline sudah mula menggunakan QR kod untuk tiket penerbangan.
No comments:
Post a Comment