Jun 16, 2011

Lawak: Kahwin dengan jiran



Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin
dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman
sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy: Tapi mengapa?

Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu: (Separuh berbisik) Hmm..Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy: Ha!!??!! ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...