Jun 10, 2011

Review Filem KL Gangster








Memang gempak gile. Itu sahaja yang mampu aku katakan apabila menonton filem KL Gangster. Memang penuh panggung Big Cinema BP Mall sampai dapat seat third depan sekali. Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini.


Apa-apa hal aku bagi rating filem ini 4 bintang daripada 5. Kalau anda pernah tonton filem Kongsi dan kecewa dengan tahap kegangsteran filem Kongsi, sememangnya filem KL Gangster adalah filem untuk anda. Darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang awesome daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster anda.


Mungkin satu perkara yang mengecewakan aku ialah lakonan Syamsul Yusof yang agak pelik. Sebabnya  tak tahu Syamsul Yusof nie orang Cina atau orang Melayu dalam filem ini. Kadang-kadang skrip macam orang Melayu tapi nampak gaya macam orang Cina. Agak confuse tapi itu tak berapa penting sangat. Lakonan paling mantap sudah semestinya daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya. Good job Zizan.


Secara jujur filem KL Gangster ini sememangnya boleh cecah kutipan RM10 juta. Kekuatan filem KL Gangster ialah pada keberanian Syamsul untuk mengarahkan filem pertama yang benar-benar menceritakan kehidupan gangster di Kuala Lumpur. Mutu lakonan pun mantap jugak. Jalan cerita pun boleh tahan dan tidaklah tergantung sangat macam filem Kongsi.

Kelemahan filem ini ialah semasa adegan berlawan aksinya nampak macam terlalu pantas. This is one of the best Malay movie yang aku pernah tengok.

Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem sebegini walaupun kini berdepan kemungkinan disaman oleh Pekida (biasa lah tu....org melayu suka sangat menjatuhkan kaum sendiri..). Apa-apa pun aku ucapkan : Good job Syamsul Yusof pengarah filem muda negara...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...